Salam semua, salam sayang dari saya, Dah lama saya tidak menulis di sini, sejak memaparkan artikel Busana Bona Fida di Sarang Art Hub dan majlis Persatuan Sejarah Malaysia tepat 2 bulan lalu. Sejak itu banyak perkara sebenarnya sudah berlaku. Cuma tak terkeluar cerita. Sekarang biar dikongsikan sesuatu.
Mereka yang ada mengikuti blogspot ini mahupun perkembangan saya dan suami di mana-mana harus tahu bahawa busana tradisional Melayu yang kami pakai itu semuanya adalah di atas jenama Bona Fida. Gaya dan cara pakai juga adalah atas nama Bona Fida. Maka ingin saya berkongsi cerita dengan memutar masa kembali ke belakang pada pertengahan Januari iaitu lebih 3 bulan lalu. Sebetulnya ketika artikel Busana Bona Fida di Sarang Art Hub dan majlis Persatuan Sejarah Malaysia ditulis 19 Februari suami saya telah membuat dua perjalanan ke luar negara.
Dengan memakai busana Bona Fida suami membuka kalendar pengembaraan beliau untuk tahun 2017 dengan mengikut satu rombongan ke Patani. Busana yang kelihatan dipakai pada satu majlis ilmu diikuti lawatan lapangan ke beberapa tempat bersejarah. Ia serupa seperti terpapar dalam satu artikel tentang Bona Fida dalam akhbar harian Kosmo tahun lepas. Rujuk artikel-artikel berikut :-
Suami kemudian mengembara secara backpacking seorang diri ke beberapa tempat lain di selatan Thailand. Perjalanan yang bermula 12 Januari itu turut meliputi beberapa tempat di utara Semenanjung sebelum suami balik ke rumah 21 Jan. Ini boleh diikuti melalui artikel Misi jejak Aceh-Langkasuka - The compilation di blogspot beliau iaitu CATATAN SI MERAH SILU
.
Pada 25 Januari suami keluar mengembara lagi, kali ini untuk mengikut satu rombongan membuat ziarah silaturahim dan melawat tempat-tempat bersejarah di sekitar Pagaruyung, Sumatera Barat.
Busana Bona Fida pun dipakai suami merata. Selepas rombongan kembali ke tanah air 28 Januari beliau meneruskan perjalanan secara backpack untuk meliputi banyak lagi tempat di bahagian tengah Sumatera, 1 Februari baru dia kembali, itu pun sebab ada appointment anak di Hospital Selayang. Lihat Jejak kerajaan lama tengah Sumatera - The compilation
Sekarang baru kita boleh masuk pada apa yang berlaku selepas artikel Busana Bona Fida di Sarang Art Hub dan majlis Persatuan Sejarah Malaysia dipersembahan19 Februari. Pada 16 Mac suami keluar merantau ke luar negara lagi iaitu ke Aceh. Kali ini baru membawa saya dan anak-anak bersama.
Selain melawat tempat-tempat bersejarah kami menyertai beberapa aktiviti termasuk menganjurkan majlis. Oh, tiga buah tanjak Bona Fida kami ada hadiahkan kepada kawan-kawan Aceh yang menjadi teraju utama pergerakan NGO anak-anak muda di sana.
\
Perjalanan yang berlangsung sehingga 23 Mac ini meliputi banyak tempat. Hampir setiap masa kami memakai busana tradisional Melayu jenama Bona Fida. Gambar atas menunjukkan kami anak-beranak di makam Sultan Malikus Salleh, pengasas kerajaan Samudera dan Pasai hampir 800 tahun lalu. Baginda adalah moyang suami sebelah ayah. Lihat Misi HIKMAH Aceh 2017 - Kompilasi perjalanan 8 hari
Sekembali ke tanah air kami berehat buat suatu masa sebelum menyertai apa-apa aktiviti. Di atas kelihatan saya bersama anak-anak, seorang kawan dan dua orang pelancong dari luar negara. Kalau tak salah ingatan seorang dari Argentina, seorang dari Greece.
Saya telah membuka gerai dalam satu majlis persilatan di ibu negara kurang 2 minggu lalu. Dua orang wanita pelancong asing itu telah membeli selendang Bona Fida setiap seorang. Kelihatan dalam gambar suami bersama dua orang kenalan. Dikongsikan juga beberapa lagi gambar di sekitar gerai...
Dalam gambar ini kelihatan Datuk Rashidi bin Hasbullah, Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia berbaju hitam di sebelah kiri. Beliau datang untuuk merasmikan majlis. Suami saya yang kelihatan di belah kanan adalah salah seorang tetamu undangan VIP. Untuk mengetahui cerita lihat artikel Festival Dunia Seni Silat Melayu ke-8 di Muzium Negara - Salam sayu dari pengasas HIKMAH di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH), blogspot yang dikendalikan suami untuk aktiviti-aktiviti NGO kami.
Ini pula daripada 2 hari lalu. Seorang pelanggan Bona Fida telah bertandang ke rumah untuk mengambil tempahan.
Kelihatan beliau sedang mencuba baju hias yang ditempah daripada saya tetapi menggunakan bahan sendiri. Hal ini mengingatkan saya agar mengemaskinikan blogspot ini. Setelah lama membiarkan jumlah artikel menetap pada 13, baru hari ini ditambah satu lagi.