Tuesday, December 13, 2016

Sedikit gambar daripada Kosmo

Merujuk pada artikel Photoshoot dan wawancara bersama akhbar Kosmo diikuti Bona Fida dalam Aura Juita akhbar Kosmo yang dipersembahkan bulan lalu. Baru-baru ini wartawan akhbar Kosmo yang terlibat dalam wawancara lalu menulis artikel dalam akhbar tersebut, saudara Luqman Ridhwan telah menghantar beberapa buah gambar yang diambil jurufoto beliau, saudara Ghazali Basri semasa wawancara dan photoshoot. Biar dikongsikan gambar-gambar itu di sini...


Saya bersama anak buah, Aiman Najwa yang menjadi model dalam menggayakan pakaian-pakaian Bona Fida.


Bersama Ridhwan (paling kanan) diikuti suami saya Radzi Sapiee. Ke kiri sekali adalah kawan Najwa yang sama-sama belajar di Universiti Teknologi Melaka (UTeM) lalu menemani untuk photoshoot.



Menyiapkan anak buah untuk sesi bergambar. Ini adalah salah satu daripada 4 empat persalinan yang digayakan hari itu.


























Oleh kerana mereka mahu melihat bagaimana pakaian Bona Fida digayakan untuk laki-laki, suami pun menggayakan satu persalinan.



Itu yang dia boleh muncul dalam artikel suratkhabar tentang Bona Fida itu. Walhal ini tidak ada dalam rancangan asal.


Saturday, November 26, 2016

Bona Fida dalam Aura Juita akhbar Kosmo

Salam. Merujuk pada artikel Photoshoot dan wawancara bersama akhbar Kosmo yang dibuat seminggu lalu. Hari ini hasilnya muncul dalam akhbar Kosmo edisi Sabtu 26 November 2016.


Ini akhbarnya.


Terus kepada sisipan berkenaan iaitu Aura Juita.


Nah. Artikel tentang Bona Fida diletakkan menghadap artikel tentang tudung.


Sila buka dalam windows baru untuk paparan bersaiz besar. Gambar suami saya bertanjak, bersampin dan berkeris turut menghiasi cerita. Kebetulan hari ini, tarikh 26 November 2016 adalah hari ulang tahun beliau yang ke 46. Keluarnya artikel ini dalam akhbar Kosmo pada tarikh yang begitu istimewa adalah satu kegembiraan yang besar buat kami berdua.


Saturday, November 19, 2016

Photoshoot dan wawancara bersama akhbar Kosmo

Alhamdulillah. Ada berita baik hari ini.


Tengah hari tadi sudah berlaku sesuatu yang amat bermakna buat jenama Bona Fida.


Saya telah diwawancara oleh wartawan akhbar Kosmo tentang jenama, bagaimana ia boleh timbul, pakaian bagaimana atau jenis apakah yang mahu diketengahkan dan untuk apa, bagaimana konsepnya. 



Wartawan tersebut, saudara Luqman Ridhwan mengendalikan sisipan Aura Juita setiap hari Sabtu. Wawancara ini katanya dibuat untuk paparan dalam akhbar pada minggu hadapan.



Membantu menjayakan wawancara adalah anak saudara saya Aiman Najwa.



Beliau yang sedang belajar di Universiti Teknikal Melaka (UTeM) datang bersama kawan dari Melaka malam semalam.



Anak saudara ini diminta menggayakan pakaian-pakaian dengan jenama dan gaya Bona Fida.













Pilihan persalinan, baju, kain, tudung dan aksesori serta cara gaya pakai semuanya diatur oleh saya.











 



 
Kalau ikutkan saya mahu photoshoot diadakan di bahagian loteng rumah. Tetapi jurugambar, saudara Ghazali memaklumkan cahaya di atas dalam rumah kurang terang. Oleh itu dibuat photoshoot di halaman juga di luar. Ini adalah gambar di bawah pokok ceri di sebelah garaj kereta rumah saya.














Photoshoot dibuat menggunakan empat persalinan pakaian. 












Tak cukup halaman dan garaj, kebun jiran sebelah pun boleh dijadikan lokasi penggambaran.






Kalau tidak kerana cuaca panas harus bukit berdekatan rumah pun boleh menjadi penghias akhbar.



Bergambar selepas photoshoot bersama sejumlah selendang jenama Bona Fida. Ini adalah aksesori paling ringkas dan mudah untuk menyerlahkan diri selari dengan konsep kami mahu memartabatkan cara pemakaian busana tradisional Melayu. Pakailah apa sahaja bentuk baju Melayu walaupun moden dan nampak ranggi. Bila digayakan dengan selendang mengikut cara pakai yang sesuai serta merta seseorang itu boleh kelihatan ayu seperti gadis Melayu zaman dahulukala. Insyaallah.


Monday, November 14, 2016

Sijil berkaitan bidang milik Bona Fida

Salam sejahtera wahai para pembaca yang dimuliakan sekalian. Hari ini saya mahu berkongsi satu perkara yang mungkin kelihatan berbangga diri. Tetapi atas sebab-sebab tertentu suami saya bertegas ia harus dilakukan. Sekurang-kurangnya supaya jelas duduk letak perkara lalu orang tidak lagi boleh mempertikaikan.


Pada hari Jumaat 1 Julai 2016 iaitu lebih 4 bulan lalu saya telah membuka blogspot ini lalu memaparkan artikel pertama bertajuk Bermulanya satu jenama. Sebelum itu saya sudah memiliki satu blogspot bernama Anggun untuk berkongsi minat tentang dunia kecantikan. Tetapi ia sudah lama tidak dikemaskinikan, sudah lebih 5 tahun terbiar. Pada sisi kanan blogspot itu,  di bawah tajuk About Me (tentang saya) ada terpapar maklumat ringkas seperti berikut :-


Mempunyai sijil dalam bidang kecantikan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)Tahap 1/N-011-1, Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)Tahap 2/N011-2, Sijil Pegawai Latihan Vokasional (VTO)



Blogspot itu dibuka pada pertengahan Julai tahun 2007. Apabila membuka blogspot memang setiap orang diminta memberikan maklumat ringkas sebagai pengenalan diri. Oleh kerana ia adalah blog tentang kecantikan dan saya memang memiliki sijil-sijil tersebut maklumat yang kelihatan pun diletakkan. Apabila blogspot Bona Fida dibuka, secara automatik maklumat yang sama muncul juga di sisi kanan blogspot di bawah ruangan About Me...



Hal blogspot baru dibuka itu dikongsikan dalam Facebook. Tiba-tiba ada orang menyerang mengatakan saya menipu kerana mengaku memiliki sijil-sijil tersebut. Paling dipersoalkannya adalah tentang sijil VTO (bahasa Inggeris untuk Vocational Training Officer). Katanya ia sijil paling tinggi dalam dunia kecantikan. Mana mungkin saya boleh memilikinya?

Saya difahamkan sijil VTO atau Pegawai Latihan Vokasyional seperti yang tertera di atas dianggap antara paling tinggi kalau tidak pun paling tinggi, Ia membolehkan seseorang itu mengajar tentang kecantikan secara bertauliah dan diakui kerajaan. Tetapi faham saya ia cuma boleh disamakan dengan diploma dari universiti sahaja, tidak lebih daripada itu. Sebaliknya orang yang menuduh saya menipu tentang sijil itu menganggapnya sebagai sudah sama taraf dengan profesor. Sebab itu dia susah hendak menerima hakikat saya memilikinya lalu menyerang bertalu-talu meminta saya 'mengaku kesalahan telah menipu'.



Sebetulnya saya sudah memiliki sijil-sijil kecantikan sejak tahun 2004 lagi. Sijil VTO itu diperolehi awal tahun 2007 lalu apabila membuka blogspot Anggun pertengahan Julai saya pun menyatakan pemilikan pada maklumat ringkas tentang diri. Sijil-sijil ini diperolehi setelah bertungkus lumus belajar mengikuti kelas demi kelas juga membuat kerja-kerja praktikal dan mengambil peperiksaan. Alhamdulillah saya bukan sahaja berjaya mendapat sijil VTO tersebut. Saya tersenarai sebagai antara pelajar paling cemerlang dengan nama saya diselitkan antara beberapa orang pengamal kecantikan bukan Melayu yang agak terkenal dalam bidang ini. Mereka malah memiliki akademi-akademi kecantikan sendiri!

Anda boleh menyemak kenyataan melalui senarai pencapaian dalam peperiksaan di atas. Cuma nombor kad pengenalan sahaja harus dipadamkan atas faktor keselamatan. Nama-nama, markah dan siapakah mereka boleh disemak melalui saluran berkenaan.



Disebabkan kerja penuh saya adalah dalam bidang telekomunikasi saya tidak dapat mengembangkan minat dalam dunia kecantikan. Sijil-sijil ini sudah lama terperap dalam stor, apabila dituduh menipu kelayakan iaitu setelah terbitnya blogspot ini baru saya mencari kembali ia sebagai bukti. Suami saya bertegas ia harus dimasukkan dalam blogspot supaya boleh dirujuk semua orang. Katanya bukan kita hendak menunjuk, cuma mahu mempertahankan diri daripada tuduhan yang bukan-bukan lagi dilakukan secara sewenang-wenang.

Dengan cara ini kebenaran boleh dibuktikan terus kepada sesiapa yang berfikiran adil bila-bila sahaja perlu. Setiap sijil ada nombor rujukan dan sebagainya, bukan boleh dibuat-buat secara semberono untuk ditipu-tipu, Ditambah lagi maklumat markah dan nama beberapa orang yang mengambil peperiksaan untuk sijil yang sama waktu itu. Biar orang tahu kita tidak pernah menipu. Biar orang tahu kita memang ada kelayakan.,.



Wednesday, November 2, 2016

Gaya Bona Fida pada acara ke-18 HIKMAH di Muzium Negara

Pada perenggan pertama artikel sebelum ini iaitu Bona Fida menyambut tetamu diraja pada pelancaran Pameran Songket ASEAN saya ada menyebut bahawa pada minggu sebelum artikel itu ditulis telah berlaku 2 acara besar di mana saya dapat menonjolkan gaya pemakaian Bona Fida pada khalayak ramai. Acara pertama telah diceritakan melalui artikel tersebut. Sekarang biar diceritakan tentang acara kedua...



Pada hari Sabtu 22 Oktober iaitu 11 hari lalu telah berlangsung acara ke-18 HIKMAH di Muzium Negara.


HIKMAH adalah satu badan NGO tidak rasmi yang dipimpin dan dikendalikan oleh suami saya dengan pertolongan saya. Ia adalah singkatan untuk Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman. Sejak ditubuhkan 12 Oktober 2012 kami telah mengadakan acara di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


NGO kami memperjuangkan banyak perkara demi mengangkat kembali peradaban dan tamadun Melayu berdasarkan ilmu-ilmu lama warisan nenek moyang kita. Ia meliputi bab undang-undang syariah, ekonomi sebenar Islam melalui penggunaan wang dinar dan dirham, ilmu persilatan juga pemakaian busana tradisional Melayu. Kelihatan paling kiri suami saya mengenakan pakaian yang saya atur dan pilih sendiri. Ia terdiri daripada baju dan seluar jenama Bona Fida dipadankan dengan baju hias (seperti jaket), tanjak dan sampin yang sudah sedia dimiliki suami.


Majlis dirasmikan oleh Datuk Hj Ab. Ghaffar bin A. Tambi, Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.  Untuk makluman acara ini secara rasminya dipanggil sebagai "Wacana Busana Lambang Ketamadunan Melayu". Ia adalah anjuran bersama Jabatan Muzium Malaysia dengan HIKMAH. Kalau tak salah ini adalah kali pertama dalam sejarah jabatan sudi bekerjasama dengan sebuah NGO untuk mengadakan acara bersama.


Padanan pakaian yang suami pakai walaupun bukan semua adalah berjenama Bona Fida berlaku atas nasihat saya. Itulah yang dipanggil sebagai gaya Bona Fida - cara pakaian yang digayakan/dipadankan melalui citarasa saya.



Acara ini mengandungi dua komponen yang berjalan seiring. Ia adalah pembentangan ilmu dalam medan tertutup auditorium dengan persembahan silat di kawasan terbuka dataran Muzium Negara.






















Saya datang membantu suami mengendalikan acara dengan memakai sepersalinan pakaian yang semuanya berjenama Bona Fida. Kali ini gerak hati saya menyuruh melebihkan warna kuning.


Bergambar bersama suami dan beberapa orang kawan. Kami membawa gaya Bona Fida, yang lain membawa gaya masing-masing termasuk cara pemakaian tradisional laki-laki Aceh (yang memakai baju dan seluar serba hitam).


Bergambar beramai-ramai lewat petang, Ketika ini separuh hadirin sudah meninggalkan muzium. Adalah menjadi misi Bona Fida selain membuat dan menggayakan busana tradisional Melayu kami mahu ia diangkat sebagai bukti peradaban dan ketamadunan Melayu yang tinggi hati budi. Untuk cerita-cerita berkenaan perjalanan acara juga lebih banyak gambar sila lihat artikel-artikel berikut :-