Saturday, November 19, 2016

Photoshoot dan wawancara bersama akhbar Kosmo

Alhamdulillah. Ada berita baik hari ini.


Tengah hari tadi sudah berlaku sesuatu yang amat bermakna buat jenama Bona Fida.


Saya telah diwawancara oleh wartawan akhbar Kosmo tentang jenama, bagaimana ia boleh timbul, pakaian bagaimana atau jenis apakah yang mahu diketengahkan dan untuk apa, bagaimana konsepnya. 



Wartawan tersebut, saudara Luqman Ridhwan mengendalikan sisipan Aura Juita setiap hari Sabtu. Wawancara ini katanya dibuat untuk paparan dalam akhbar pada minggu hadapan.



Membantu menjayakan wawancara adalah anak saudara saya Aiman Najwa.



Beliau yang sedang belajar di Universiti Teknikal Melaka (UTeM) datang bersama kawan dari Melaka malam semalam.



Anak saudara ini diminta menggayakan pakaian-pakaian dengan jenama dan gaya Bona Fida.













Pilihan persalinan, baju, kain, tudung dan aksesori serta cara gaya pakai semuanya diatur oleh saya.











 



 
Kalau ikutkan saya mahu photoshoot diadakan di bahagian loteng rumah. Tetapi jurugambar, saudara Ghazali memaklumkan cahaya di atas dalam rumah kurang terang. Oleh itu dibuat photoshoot di halaman juga di luar. Ini adalah gambar di bawah pokok ceri di sebelah garaj kereta rumah saya.














Photoshoot dibuat menggunakan empat persalinan pakaian. 












Tak cukup halaman dan garaj, kebun jiran sebelah pun boleh dijadikan lokasi penggambaran.






Kalau tidak kerana cuaca panas harus bukit berdekatan rumah pun boleh menjadi penghias akhbar.



Bergambar selepas photoshoot bersama sejumlah selendang jenama Bona Fida. Ini adalah aksesori paling ringkas dan mudah untuk menyerlahkan diri selari dengan konsep kami mahu memartabatkan cara pemakaian busana tradisional Melayu. Pakailah apa sahaja bentuk baju Melayu walaupun moden dan nampak ranggi. Bila digayakan dengan selendang mengikut cara pakai yang sesuai serta merta seseorang itu boleh kelihatan ayu seperti gadis Melayu zaman dahulukala. Insyaallah.


No comments:

Post a Comment